BM | EN | 中文

Kayuhan ‘trash challenge’, usaha penduduk Pulai Mutiara lestarikan alam

Kebersihan-dan-kesihatan-tema-trash-challenge.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 OKT: Cabaran kayuhan dengan tema ‘trash challenge’ yang diusahakan komuniti penduduk Taman Pulai Mutiara mendapat sambutan menggalakkan.

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad berkata, dengan isu kesihatan yang kini menjadi perbualan hangat, usaha ini dapat membantu ramai pihak mengembleng tenaga memastikan persekitaran yang bersih dan sihat.

“Ini adalah inisiatif yang baik ditunjukkan penduduk di kawasan ini. Saya berharap semua pihak perlu mengambil kesedaran yang sama dalam usaha mengekalkan persekitaran yang sihat dan bersih.

Advertisement

“Selain program mengembalikan alam lestari, program ini juga turut memasukkan unsur penjagaan kesihatan seperti kayuhan basikal, senaman awal yang berpaksikan penjagaan kesihatan serta mewujudkan budaya masyarakat sihat di sini.

“Dalam pada itu saya juga berharap agar kerajaan Johor boleh mengusahakan program-program seperti ini dalam membantu masyarakat berkenaan peri pentingnya usaha memastikan tempat kediaman mereka sihat dan bersih.

“Saya mengucapkan tahniah kepada penganjur, penduduk kawasan Taman Pulai Mutiara di atas program yang telah dilaksanakan oleh mereka,” katanya ketika ditemui.

Advertisement

Terdahulu, Dzulkefly merasmikan dan turut bersama dalam program yang bermula mulai jam 8 pagi pada Sabtu lalu dengan mendapat kerjasama dari pihak SWM Environment.

Pada program itu peserta menyediakan bekas buatan sendiri dan mengelilingi kawasan sekitar sambil mengisi bahan buangan yang berisiko untuk merosakkan alam sekitar.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top