BM | EN | 中文

Kayuhan sempena Hari Malaysia meriah, santuni asnaf sekitar DUN Pulai Sebatang

Adun-Pulai-Sebatang-Taqiuddin-Cheman-Hari-Malaysia-2020.jpg
Advertisement

PONTIAN, 17 SEPT: Meskipun kekangan akibat pandemik Covid 19 melanda negara namun program Kayuhan Malaysiaku di Pontian tetap disambut meriah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Pada  program yang berlangsung sempena Hari Malaysia baru-baru ini, seramai kira-kira 100 peserta menyertai kayuhan basikal dianjurkan Pusat Khidmat DUN Pulai Sebatang.

Adun Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata penyertaan dari pelbagai peringkat umur itu dihadkan bertujuan mengikut SOP yang ditetapkan dan peserta tidak melebihi 100 orang.

Advertisement

“Kita membuat persiapan agar segalanya berjalan dengan lancar dan mengikut SOP yang telah ditetapkan agar perkara yang tidak diingini berlaku.

“Perjalanan yang memakan jarak sejauh 21.7 kilometer ini menumpukan kawasan di sekitar DUN Pulai Sebatang di daerah Pontian ini.

“Saya gembira dengan penyertaan yang menggalakkan ini sehingga ada di antara mereka yang hadir seawal pagi bagi tidak ketinggalan menyertai kayuhan tersebut,” katanya.

Advertisement

Taqiuddin yang juga Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata selain program kayuhan, para peserta turut terlibat dengan program-program yang memberi manfaat kepada penduduk di kawasan tersebut.

“Kita turut menyantuni masyarakat dan asnaf di sekitar kawasan DUN ini dan seramai lebih 10 orang asnaf telah ditemui oleh peserta untuk beramah mesra dengan mereka.

“Selain itu, sumbangan juga turut disediakan oleh pihak kami bagi meirngankan bebanan yang ditanggung oleh asnaf tersebut.

Advertisement

“Kita juga menerapkan nilai-nilai semangat perpaduan antara kaum, sikap tolong menolong sesama masyarakat dan bantu membantu antara satu sama lain,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top