BM | EN | 中文

KAYUHAN 63 KM MEMBAWA LOGO HARAPAN

biker.jpg

PONTIAN, 1 NOV : Seramai 50 peserta kayuhan basikal menyertai program Kayuhan Harapan Ke Tanjung Piai sepanjang 63 kilometer yang bermula dari Sri Gading Batu Pahat hingga ke bandar daerah ini.

Menurut salah seorang peserta, Noorazrin Sakib, 39, penglibatan dari pelbagai latar belakang golongan anak muda dari seluruh Johor menjadikan program ini sebagai suatu yang bermanfaat.

Beliau turut gembira kerana mampu mengajak anak muda untuk bersama-sama dalam program yang mengamalkan budaya sihat ini.

“Kita berjaya menamatkan kayuhan sejauh 63 kilometer dan ini sangat membanggakan kerana program seperti ini baik untuk kesihatan serta mampu mengajak anak muda untuk turut serta bersama.

“Budaya mengayuh ini perlu dipopularkan kembali kerana kita mahu menggalakkan anak muda yang sihat tubuh badan.

“Selain itu, kayuhan ini telah membawa logo ‘Harapan’ dan respon mereka terhadap pasukan kayuhan ini sangat baik ada kenderaan yang membunyikan hon mereka kepada kami,” ujarnya ketika ditemui di garisan penamat bandar Pontian, di sini.

Nasharudin

Selain itu, menurut Pengarah Program Kayuhan Harapan Tanjung Piai, Nasharudin Mohamad, 36, program sebegini akan dirancang untuk dibuat di Tanjung Piai sempena Pilihan Raya Kecil di sini.

“Sokongan daripada PH yang turut mengembleng tenaga ini telah banyak membantu program ini dapat direalisasikan pada hari ini.

“InsyaAllah program sebegini akan kita cadangkan untuk diteruskan sepanjang PRK di Tanjung Piai yang sekaligus ia akan menjadi salah satu kempen untuk PH di kawasan ini,” katanya lagi.

Program ini disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top