BM | EN | 中文

KAYAK DIPERCAYAI MILIK RAKYAT SINGAPURA YANG HILANG DI MERSING DITEMUI

Kayak-dipercayai-milik-rakyat-Singapura-yang-hilang-di-perairan-Mersing-ditemui.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 OGOS: Sebuah kayak dipercayai milik dua rakyat Singapura yang dilaporkan hilang di perairan Mersing sejak Khamis lepas, ditemukan oleh nelayan tempatan di perairan Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata kayak berwarna hijau itu ditemukan pada kedudukan kira-kira 0.6 batu nautika tenggara Tanjung Gelang, kira-kira pukul 12.30 tengah semalam.

“Lokasi penemuan kayak itu berjarak sekitar 80 batu nautika dari lokasi terakhir kedua-dua mangsa dilaporkan hilang pada enam hari lepas.

Advertisement

“Turut ditemui bersama-sama kayak ialah barang-barang peribadi dipercayai milik mangsa iaitu dua beg duit berisi wang tunai Malaysia dan Singapura, sebuah telefon bimbit, satu pasport Singapura, sebuah beg pakaian, satu kad pengenalan diri dan satu pendayung.

“Semua barangan kemudian telah diserahkan kepada pihak Maritim Negeri Pahang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Aminuddin berkata susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamatkan mangsa akan diatur semula selepas ini, bersesuaian dengan data yang diperoleh.

Advertisement

Tan Eng Soon, 62, yang dipercayai memakai jaket keselamatan berwarna biru merah dan Puah Geok Tin, 57, memakai jaket berwarna oren biru, dilaporkan hilang setelah terpisah daripada 13 rakan mereka ketika berkayak di perairan Mersing.

Mereka terpisah berikutan laut bergelora dan angin kuat ketika itu.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top