BM | EN | 中文

KAWASAN PROJEK PEMBANGUNAN TANAH TERBIAR DI JOHOR DIKENALPASTI

IMG-20191123-WA0037.jpg
Advertisement

 

KULAI, 23 NOV:  Beberapa kawasan tanah pertanian terbiar di Johor telah dikenalpasti Jabatan Pertanian bagi pelaksanakan Projek Pembangunan Tanah Terbiar pada tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata tanah itu antaranya dalam daerah Kota Tinggi, Kluang dan Segamat.

Advertisement

“Mengikut perincian Jabatan Pertanian, di Johor sahaja terdapat tidak kurang daripada 1,000 hektar tanah pertanian terbiar termasuk tanah terbiar di bawah agensi kerajaan.

“Tanah ini yang ada yang terbiar melebihi 10 tahun. Justeru, kalau mengikut cadangan awal, kami akan bangunkan mengikut kesesuaian tanah.

“Contohnya di daerah Kulai kami akan bangunkan dengan tanaman lada hitam memandangkan ketika ini sudah ada projek perintisnya melibatkan 16 peserta di Felda Inas.

Advertisement

“Cuma tinggal untuk mengembangkannya sahaja kerana keluasan sekarang hanya kira-kira 6.070 hektar,” kata Tosrin, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dalam Belanjawan Johor 2020 yang menyebut akan menfokuskan kepada pembangunan tanah pertanian terbiar.

Ia bagi pelaksanaan Projek Tanah Terbiar, Projek Kolam Ternakan Terbiar dan Pembangunan Tanaman Rumput Makanan membabitkan sejumlah RM1.4 juta, namun tidak menyatakan secara terperinci kawasan yang terlibat.

Advertisement

Tosrin berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Hari Kemahiran dan Keusahawanan Peringkat Negeri Johor anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Johor di Felda Taib Andak, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kemas Negeri Johor Khairuddin Md Nasir dan Pegawai Daerah Kulai Mohd Khir Johari Salleh.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top