BM | EN | 中文

“Kawasan menteri di Johor tiada PPV”

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 JUN: Masih terdapat kawasan parlimen melibatkan menteri dari Johor yang tidak memiliki pusat pemberian vaksin (PPV).

Perkara itu didedahkan dalam kenyataan bersama ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong dan Adun Skudai, Tan Hong Pin.

“Jangan lupa dalam kabinet Muhyiddin ada tujuh orang Menteri yang berasal dari Johor, iaitu Menteri Kesihatan Adham Baba (Tenggara), Halimah Sadique (Kota Tinggi), Wee Ka Seong (Ayer Hitam), Noraini Ahmad (Parit Sulong), Abd Latiff Ahmad (Mersing) dan Hishamuddin Hussein (Sembrong).

Advertisement

“Nama-nama besar belaka. Cuma kawasan-kawasan yang diwakili mereka seperti Ayer Hitam, Parit Sulong dan Sembrong langsung tiada PPV. Kenapa pula begitu? menurut kenyataan bersama itu.

Menurut kenyataan bersama itu lagi, hanya 26 PPV di negeri Johor mengikut senarai dalam laman web rasmi www.vaksincovid.gov.my.

“Kita berlumba dengan masa untuk selamatkan nyawa. Kita perlu meningkatkan bilangan PPV secara berlipatganda sehingga 100 buah pusat di seluruh negeri.

Advertisement

“KKM mempunyai 99 buah Klinik Kesihatan di Johor, ini tidak termasuk belasan hospital kerajaan dan ratusan Klinik Desa di kawasan luar bandar.

“Banyak lokasi yang boleh boleh dijadikan PPV untuk kemudahan rakyat setempat. Dengan itu, kadar vaksinasi dapat dipertingkatkan sesegera mungkin,” tegas kenyataan itu.

Justeru itu, Muhyiddin Yassin dan Menteri-Menteri berkenaan diseru agar tidak lalai dengan tanggungjawab mereka terhadap Johor dan nasib penduduk luar bandar di Johor perlu diambil dipeduli.

Advertisement

“Sediakan lebih banyak PPV di seluruh pelosok negeri.

“Vaksin melindungi nyawa kita dan nyawa orang kampung di Bukit Gambir, Pagoh, Ayer Hitam, Yong Peng, Parit Sulong, Sembrong, Kahang, Paloh, Benut, Pekan Nanas, Kukup, Rengit dan lain-lain tempat harus dijaga dan dilindungi sama seperti nyawa orang bandar.

Ujar kenyataan itu lagi, terdapat warga emas yang tertinggal dari menjalani vaksinasi kerana PPV yang terdekat begitu jauh untuk mereka.
“Belum lagi kisah tentang sistem temujanji melalui aplikasi MySejahtera yang agak rumit untuk orang tua.

Advertisement

“Orang tua di kampung tidak semestinya ada anak cucu yang boleh membantu kerana orang muda di luar tidak dapat pulang di bawah PKP,” tambah kenyataan tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top