BM | EN | 中文

Kawalan ketat di sempadan kesan Long Tiger

Long-Tiger-lokap-Tangkak.jpg
Advertisement

JELI, 18 DIS: Pemeriksaan polis di sempadan Kelantan-Thailand diperketatkan dalam usaha mengekang seorang lelaki dikenali sebagai ‘Long Tiger’ yang melarikan diri ketika di mahkamah baru-baru ini lolos ke negara jiran.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, beliau sudah mengarahkan anggotanya agar peka dengan sebarang bentuk pergerakan yang membabitkan sempadan.

Beliau berkata, tidak mustahil lelaki yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor, Rabu lalu itu akan cuba melarikan diri ke negara jiran.

Advertisement

“Kita perketatkan kawalan dan sudah arahkan anggota fokus kawasan sempadan dengan membuat pemeriksaan lebih menyeluruh di semua sekatan.

“Setakat ini kita belum menerima apa-apa maklumat mengenai keberadaan lelaki itu di negeri ini namun tetap pergiatkan kawalan,” katanya, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini, hari ini.

Advertisement

Beliau terdahulu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli sempena lawatan rasmi dengan diiringi Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Ariffin.

Dalam lawatan yang turut disertai isterinya, Datin Zairihan Che Haron, beliau juga merasmikan Rumah Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di IPD terbabit.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top