BM | EN | 中文

Kawalan kemasukan di semua pintu masuk ke Johor diperketat – MB

menteri-besar-johor.jpg

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin (duduk tengah) bergambar bersama pegawai dan kakitangan kerajaan dalam Majlis Aspirasi Pengurusan Kawalan Keselamatan, di Kota Iskandar, di sini.

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 29 JAN: Kerajaan negeri mahu setiap agensi terlibat memperketatkan kawalan kemasukan di kesemua pintu masuk ke negeri ini ekoran penularan wabak koronavirus ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, antara pintu masuk tersebut termasuklah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai serta Bangunan Sultan Iskandar.

Katanya, selaku agensi kerajaan, pihaknya perlu memberi keyakinan kepada rakyat terhadap langkah keselamatan yang diambil.

Advertisement

“Dalam isu novel koronavirus yang dikesan di Wuhan, China, Malaysia juga tidak terkecuali namun masih dalam keadaan terkawal.

“Justeru, saya berharap langkah kawalan kemasukan diperketatkan lagi di kesemua pintu masuk negeri Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Aspirasi Pengurusan Kawalan Keselamatan Tahun 2020 yang diadakan di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Advertisement

Dr Sahruddin turut memberitahu, setiap agensi perlu memiliki pelan komunikasi strategik berkesan bagi memastikan ancaman coronavirus ini dapat dikawal dengan baik tanpa mencetuskan keresahan masyarakat.

“Selaku agensi keselamatan, kita perlu memberi keyakinan kepada rakyat menerusi pelbagai medium termasuklah media sosial mengenai strategi yang dilaksanakan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan.

“Media sosial merupakan satu medium yang amat berkesan dalam menyampai dan menyebarluaskan maklumat. Jika penggunaannya tidak berhemah, ia boleh mencetuskan situasi yang tidak baik kepada kita,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top