BM | EN | 中文

Kawal lebihan makanan ketika musim perayaan – Tan Chen Choon

tan-chen-choon-5.jpg

Tan Chen Choon (dua kiri) semasa menyempurnakan gimik program operasi SWM Environment sempena Tahun Baharu Cina di Kota Iskandar.

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 16 JAN: Kerajaan negeri menggesa masyarakat untuk mengawal penghasilan sisa makanan yang sering meningkat khususnya ketika musim perayaan.

Exco Kerajaan Tempatan Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon berkata, masyarakat perlu mengamalkan konsep sifar sisa menerusi kaedah pengasingan di punca.

Katanya, antara langkah boleh diambil ketika mengadakan rumah terbuka termasuklah mengamalkan ‘Food Value No Waste’ yang dijangka dapat mengurangkan 40 peratus sisa makanan.

Advertisement

“Kerajaan negeri berharap sambutan perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini akan menjadi permulaan kepada masyarakat dalam mengawal sisa makanan.

“Dalam masa sama, SWM Environment Sdn Bhd juga perlu memainkan peranan mereka dengan memastikan kelancaran operasi berkaitan pengendalian sisa makanan,” katanya.

Beliau yang juga merupakan ADUN Jementah berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Kota Iskandar, di sini semalam.

Advertisement

Dianggarkan sebanyak 4,000 tan metrik sisa pepejal dikumpulkan dalam tempoh sebulan, manakala dianggarkan sebanyak 4,900 tan metrik sisa pepejal dikutip semasa sambutan Tahun Baharu Cina, tahun lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top