BM | EN | 中文

Kaunter khas program rekalibrasi pulang diperluas ke Johor

Baharuddin-Tahir-imigresen-Johor.jpg

Baharuddin Tahir (Gambar Ehsan The Star)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 JUL: Kaunter Khas Program Rekalibrasi Pulang bagi pendatang tanpa izin kini diperluaskan ke Johor dan akan dibuka di Pejabat Imigresen Cawangan Stulang Laut, di sini bermula Ahad ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor Baharuddin Tahir berkata pembukaan kaunter khas itu merupakan langkah penambahbaikan berterusan selepas kaunter program itu bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Julai lepas.

Katanya, pembukaan kaunter khas di pintu masuk laut itu juga bagi memudahkan pendatang tanpa izin yang ingin pulang ke negara asal dengan menggunakan feri.

Advertisement

“Pendaftaran boleh dibuat seawal 31 Julai ini dan pendatang tanpa izin yang telah melengkapkan syarat-syarat ditetapkan boleh terus hadir ke kaunter untuk pulang ke negara nnasing-masing: katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata syarat berkenaan adalah memiliki dokumen perjalanan yang sah, memiliki tiket pulang ke negara asal, pendatang tanpa izin hadir tanpa perlu membuat janji temu di kaunter khas sehari sebelum jadual feri berlepas, bayaran kompaun sebanyak RM 500 bagi dewasa dan gratis bagi yang berumur 18 tahun ke bawah, slip ujian saringan yang sah laku dalam masa 72 jam dari tarikh berlepas dan bayaran Pas Khas RM100 bagi kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal Iebih masa.

“Bagaimanapun hanya pendatang tanpa izin yang memperoleh keputusan negatif sahaja dibenarkan berurusan di kaunter.

Advertisement

“Bayaran (kompaun dan pas khas) pula perlu dijelaskan menerusi kad debit atau kad kredit, Touch ‘n Go dan e-wallet sahaja,” katanya.

Baharuddin berkata lima kaunter khas disediakan yang dibuka bermula 8 pagi sehingga 5 petang dan hanya beroperasi pada hari ketiadaan feri masuk bagi mengelak kesesakan antara mereka dan penumpang lain yang akan balik ke negara asal pada hari sama.

Beliau pada masa sama mengingatkan pendatang tanpa izin supaya mengambil peluang itu untuk pulang dengan segera dan tidak menunggu sehingga pada saat akhir, selain tidak menggunakan khidmat orang tengah atau ejen bagi urusan rekalibrasi pulang.

Advertisement

Jelasnya semenjak program itu dilaksanakan pada Disember tahun lepas, seramai 11,972 pendatang tanpa izin telah mendaftar dengan jabatan itu dengan jumlah kompaun terkumpul sebanyak RM5.86 juta.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top