BM | EN | 中文

Kaunter bergerak ahli parlimen Kluang bantu usahawan kecil mohon GKP 2.0

KAUNTER-BERGERAK-GKP-2.0-Parlimen-Kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 2 NOV: Kaunter Bergerak inisiatif pejabat ahli parlimen Kluang mendapat sambutan dari rata-rata peniaga dan usahawan kecil dari daerah ini.

Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi dalam satu kenyataan memaklumkan, melalui usaha itu pihaknya dapat membantu mereka memohon Geran Khas Prihatin (GKP 2.0).

“Kami telah membantu para usahawan kecil-kecilan yang belum memohon bantuan GKP 2.0. Segalanya telah berjalan dengan lancar mengikut SOP yang telah disediakan.

Advertisement

“Kami harap ini dapat membantu meringankan beban usahawan-usahawan kecil dikala kita diuji dengan kegawatan ekonomi,” kata Shu Qi.

Kaunter yang dibuka pada Sabtu lalu di Kampung Melayu mendapat sambutan yang agak memberansangkan dan program itu turut dibantu wakil dari Parti Keadilan Rakyat cabang Kluang, dan pegawai ADUN Mahkota.

Dalam perkembangan lain Shu Qi turut mengingatkan penduduk di Kluang untuk menguruskan sisa mengikut tatacara ditetapkan pihak SWM Environment.

Advertisement

Beliau berkata menerima aduan bahawa ada penduduk yang membuang sampah merata-rata di Jalan Bujuk, Taman Indah Jaya disini.

Katanya ada penduduk yang membuang sampah di kawasan tersebut dan selepas beberapa hari dilihat makin banyak kerana dibuang oleh penduduk lain.

“Jika semua orang membuang sampah merata-rata, ia akan menyebabkan bau yang tidak menyenangkan membiak nyamuk Aedes lalu membahayakan nyawa orang ramai.

Advertisement

“Sayangilah alam sekitar kita. Jalankan tanggungjawab anda sebagai penduduk yang bertanggungjawab.

“Jika anda melihat sampah sarap yang banyak dan tidak diuruskan, anda boleh menghubungi SWM di talian 07-7710209,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top