BM | EN | 中文

“Kaum ibu dan isteri, pembakar semangat perjuangan dan inspirasi”

hari-wanita-antarabangsa-2021-parlimen-Pulai-salahuddin-ayub-2.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 MAC: Peranan wanita dalam perjuangan akan sentiasa diiktiraf sebagai pembakar semangat dan inspirasi, kata ahli parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menceritakan pengalaman peribadi Salahuddin berkata, peranan kaum wanita tiada ganti sepanjang kehidupan beliau sebagai ahli politik di negara ini.

Kata Salahuddin, wanita pertama dalam hidupnya iaitu ibunya sendiri sentiasa memberi dorongan dan semangat kepadanya semenjak kecil sehingga hari ini.

Advertisement

“Wanita adalah inspirasi saya dan semangat yang menguatkan saya untuk terus berjuang,” kata Salahuddin pada program sambutan hari wanita antarabangsa 2021 peringkat parlimen Pulai di Kampung Pasir, disini.

Manakala peranan isterinya kata Salahuddin, memahami perit jerihnya dan menjadi tulang belakang sebagai pemimpin organisasi.

“Apa yang kita perlukan sebagai seorang lelaki adalah tanggungjawab terhadap golongan tersebut,” katanya lagi.

Advertisement

Kata Salahuddin lagi, wanita adalah pelengkap hidup dan mana-mana pihak perlu memperjuangkan nasib mereka dan tidak memperlakukan golongan itu seperti barangan hiasan dan pakaian yang boleh dipakai buang.

“Kesabaran dan kekuatan wanita usah kita persoalkan lagi. Ternyata mereka mampu membimbing individu seperti pemimpin terhebat dunia untuk berjaya.

“Tidak ada seorang pun manusia hebat di dunia ini yang tidak lahir dari wanita. Ini cukup menyatakan gambaran bahawa wanita itu adalah hebat,” katanya lagi.

Advertisement

Turut hadir program itu Timbalan Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Pulai, Mohd Azam Harun ahli jawatankuasa serta jentera Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai (PKRPP).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top