PUTRAJAYA, 15 JAN: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengkaji semula pelaksanaan pemakaian kasut dan stoking berwarna hitam secara beransur-ansur pada sesi persekolahan 2019 hingga 2021.
Dalam satu pekeliling yang diedarkan semalam, Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Datuk Mohd Jamil Mohamed berkata, terdapat keperluan melaksanakan kajian berdasarkan dapatan yang diperoleh daripada pihak sekolah.
“KPM memohon kerjasama pihak sekolah membantu kajian ini dengan melengkapkan maklum balas soalan kajian yang boleh diakses secara atas talian.
Dasar kasut hitam sebelum ini diperkenalkan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada 29 Julai 2018 sebaik sahaja dilantik ke jawatan tersebut.
Pelaksanaan pemakaian kasut hitam untuk murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara hanya akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021.
Johorkini