BM | EN | 中文

Kastam tumpaskan sindiket pemprosesan arak tiruan di Muar, Tangkak

Kastam-tumpaskan-sindiket-pemprosesan-arak-tiruan-di-Muar-Tangkak.jpg

Gambar Ehsan Bernama

Advertisement

MUAR, 6 JUL: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menerusi Bahagian Penguatkuasaan Sungai Pulai, berjaya menumpaskan dua sindiket pemprosesan arak tiruan di Tanjung Gading, Muar dan Sungai Mati, Tangkak.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Johari Alifiah berkata lapan pekerja warga asing termasuk seorang wanita ditahan dalam serbuan di dua premis tidak bernombor itu, masing-masing pada 5 Jun dan 28 Jun lepas, menerusi Op Benteng dan Op Pintasan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan menemukan sejumlah minuman keras tiruan pelbagai jenama serta setem cukai kastam dan peralatan memproses minuman keras.

Advertisement

“Kami percaya arak tiruan ini adalah untuk pasaran tempatan dan siasatan lanjut masih dilakukan termasuk kaitan operasi kedua-dua premis berkenaan,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau berkata di premis di Tanjung Gading, sebanyak 412.96 liter minuman keras ditemukan manakala di premis di Sungai Mati sebanyak 4,843.49 liter minuman keras, dan mengikut harga pasaran kesemuanya bernilai lebih RM78,000.

Johari berkata kesemua suspek direman sehingga 13 Julai untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Eksais 1976.

Advertisement

“Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali amaun duti eksais atau RM100,000, dan tidak melebihi 20 kali amaun duti eksais atau RM500,000 mana yang lebih besar serta boleh dipenjara,” katanya.

Sementara itu, Johari berkata pihaknya turut merampas 437 tayar pelbagai jenama dianggar bernilai RM122,550 dalam pemeriksaan terhadap sebuah treler di Senai, pada 26 Jun lepas.

Beliau berkata rampasan dilakukan setelah pemandu treler terbabit gagal mengemukakan dokumen pengimportan.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top