BM | EN | 中文

Kastam rampas rokok seludup bernilai keseluruhan RM65.4 juta

IMG-20200217-WA0017.jpg

Sebahagian daripada rampasan rokok seludup berjumlah keseluruhan RM65.4 juta yang berjaya dirampas JKDM.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 FEB: Cubaan menyeludup rokok bernilai RM65.4 juta berjaya digagalkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam dua serbuan berasingan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Kejayaan ini merupakan rampasan terbesar JKDM tahun ini membabitkan sebanyak 76.4 juta batang rokok.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Paddy Abd Halim berkata, serbuan pertama membabitkan pasukan serbuan Cawangan Penguatkuasaan Kastam Gelang Patah pada 28 Januari lalu.

Advertisement

“Sebuah kontena diperiksa pada jam 4 petang selepas disyaki membuat pengisytiharan membawa perabot kayu.

“Namun, siasatan mendapati kontena terbabit mengandungi beberapa unit perabot dan kotak yang mana kotak itu terdapat rokok berjenama M&R Super Slim sebanyak 69,000 karton, dianggar bernilai RM10,322,400.

Tambah Paddy lagi, dalam kes kedua Cawangan Penguatkuasaan Kastam Johor membuat pemeriksaan ke atas enam kontena berukuran sama selepas disyaki membuat pengisytiharan sebagai puntung rokok (Filter Rod) dalam ‘Bill of Lading’ pada 3 Februari lalu.

Advertisement

“Namun hasil pemeriksaan mendapati ianya diisi dengan muatan rokok putih berjenama ‘John Player Special’ dan ‘Richmond Real Blue’.

“Jumlah rokok putih yang disita adalah sebanyak 62,640,000 batang rokok dengan anggaran keseluruhan termasuk cukai bernilai RM55,123,200,” katanya pada sidang media di Cawangan Penguatkuasaan Gelang Patah di sini, hari ini.

Kedua-dua kes ini disiasat mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Zon Bebas 1991 yang memperuntukkan denda tidak lebih daripada RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top