BM | EN | 中文

Kastam rampas RM4 juta rokok seludup di Johor, Pahang

Kastam-rampas-RM4-juta-rokok-seludup-di-Johor-Pahang.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 APR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor merampas rokok seludup pelbagai jenama bernilai Iebih RM4 juta, menerusi empat serbuan berasingan di bandar raya ini, Segamat dan Pahang, pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Pengarah Kastam Johor Sazali Mohamad berkata, serbuan oleh anggota Bahagian Penguatkuasaan Sungai Pulai antara 8.30 pagi dan 10.15 malam, Jumaat lepas di Jalan Gambang dan Bandar Indera Mahkota di Kuantan, Pahang serta Jalan Tun Abdul Razak, di sini, merampas rokok putih dan kretek bernilai Iebih RM3 juta.

“Sebanyak 2.62 juta batang rokok putih dan kretek serta dua lori, yang kesemuanya dianggar bernilai RM2.44 juta dirampas, dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Gambang yang dipercayai dijadikan sebagai tempat penyimpanan rokok terbabit, manakala sebanyak 1.7 juta batang rokok dianggar bernilai RM1.51 juta dirampas di sebuah premis di Bandar Indera Mahkota,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Advertisement

Beliau berkata sebanyak 200,000 batang rokok putih dianggar bernilai RM270,000 pula, dirampas menerusi pemeriksaan terhadap sebuah lori lima tan berlabel sebagai lori makanan ringan, yang di parkir di tepi Jalan Tun Abdul Razak, di sini.

Menurut Sazali dalam serbuan pada kira-kira 11 pagi pada Sabtu lepas terhadap sebuah pasar mini dan dua kereta di Tenang, dekat Segamat pula, anggota Bahagian Penguatkuasaan Sungai Pulai turut merampas 131,484 batang rokok putih dan kretek dianggar bernilai RM233,028.

Dalam serbuan itu, Sazali berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 42 tahun untuk membantu siasatan lanjut.

Advertisement

Beliau berkata, kesemua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top