BM | EN | 中文

Kastam patahkan cubaan seludup rokok bernilai RM1.19 juta di Pasir Gudang

Jabatan-Kastam-DiRaja-Malaysia-KASTAM.jpg
Advertisement

PUTRAJAYA, 1 JUN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup 17 juta batang rokok dalam dua kontena di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor pada 28 Mei lepas, yang dianggarkan bernilai RM1.19 juta dengan jumlah duti dan cukai sebanyak RM9.08 juta.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Datuk Johari Alifiah berkata pemeriksaan terhadap Dokumen Perkapalan dan Daftar Muatan Kapal (K4) menunjukkan dagangan dalam dua buah kontena itu diikrarkan sebagai ‘Aluminium Scraps’ dan dimport dari Ho Chi Minh City, Vietnam.

“Siasatan awal mendapati syarikat pengimport tidak mempunyai permit import yang sah. Tiada pengikraran borang import (K1) dibuat oleh pengimport ke atas dagangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Johari berkata siasatan ke atas syarikat pengimport sedang giat dilakukan dan dalang sindiket tersebut sedang dikesan.

Sehingga kini, katanya hanya syarikat perkapalan telah disoal siasat bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu disyaki terlibat dalam mengimport barang tak berkastam atau barang larangan dan Seksyen 74(1)(a) Akta Eksais 1976, iaitu memiliki barang yang duti eksais belum dibayar.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top