BM | EN | 中文

Kastam patah cubaan seludup masuk rokok di Pelabuhan Johor

Kastam-gagalkan-cubaan-seludup-masuk-rokok-di-Pelabuhan-Johor.jpg

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor bersama barangan yang berjaya dirampas (Ganbar Ehsan Bernama)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JUN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mematahkan cubaan menyeludup 97,810 karton rokok putih dan kretek pelbagai jenama bernilai RM17.745 juta termasuk cukai di Pelabuhan Johor di Pasir Gudang, di sini, dalam dua kes berasingan, bulan lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Datuk Johari Alifiah berkata dalam kes pertama, kira-kira pukul 12 tengah hari 18 Mei lepas, anggota kastam dari Stesen Penguatkuasaan Pasir Gudang menemui 44,810 karton rokok putih dan kretek dianggarkan bernilai RM2.205 juta dengan jumlah cukai RM6 juta selepas memeriksa sebuah kontena mencurigakan.

“Dagangan di dalam kontena terbabit didapati diikrar sebagai klip hos besi tahan karat yang diimport dari sebuah negara menuju ke Malaysia.

Advertisement

“Pemeriksaan lanjut ke atas kontena itu kemudian menemukan barangan larangan iaitu rokok putih dan kretek berkenaan yang kesemuanya melibatkan 44,810 karton atau bersamaan 8.757 juta batang rokok,” katanya kepada pemberita di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai di sini, semalam.

Dalam kes kedua pada 19 Mei, pemeriksaan sepasukan pegawai kastam dari Bahagian Operasi Penguatkuasaan Johor Bahru pada kira-kira pukul 10.50 pagi ke atas sebuah kontena, menemukan 53,000 karton rokok bersamaan 10.6 juta batang rokok putih bernilai RM1.484 juta dengan anggaran cukai RM8.056 juta.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati dagangan di dalam kontena itu diikrar sebagai sisa aluminium yang diimport daripada sebuah negara menuju ke Malaysia, dan menurutnya kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top