BM | EN | 中文

Kastam Johor patahkan penyeludupan kayu cendana, batu quartz dan rokok putih bernilai RM16.91 juta

Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 JAN : Jabatan Kastam Di Raja Malaysia Johor berjaya mematahkan penyeludupan dan merampas kayu cendana merah, batu quartz dan rokok putih bernilai RM16.91 juta.

Kesemua barangan itu dirampas dalam dua operasi berbeza di pusat pemeriksaan Wisma Kastam Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Pengarah Kastam Johor, Datuk Mohammad Hamidan Maryani berkata, rampasan pertama pada 1 Januari lalu melibatkan satu kontena mengandungi 453 batang kayu cendana merah seberat 15.2 tan bernilai RM7.6 juta dan lima kontena batu quartz seberat 137.9 tan bernilai RM837,770.

Advertisement

Katanya, kayu cendana merah dari India itu adalah komoditi terkawal dibawah konvensyen perdagangan antarabangsa spesis terancam flora dan fauna liar dan pengimportannya memerlukan permit dan kebenaran dari Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

“Manakala batu quartz pula tertakluk kepada larangan import yang memerlukan permit dari Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

“Batu dan kayu ini dipercayai untuk pasaran China dan Johor dijadikan transit. Siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengenalpasti dalang disebalik pengimportan batu dan kayu ini,” katanya pada sidang media di Gelang Patah, Iskandar Puteri, semalam.

Advertisement

Katanya, bagi rampasan kedua dibuat pada Selasa lalu, melibatkan 10.4 juta batang rokok putih jenama zon king bernilai RM8.4 juta termasuk cukai.

Jelasnya, rokok berkenaan dipercayai untuk pasaran lembah Klang dirampas dalam sebuah kontena yang diikrar sebagai barang dagangan perabot.

Tiada tangkapan dibuat untuk kedua-dua kes rampasan dan kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top