BM | EN | 中文

KASA perlu semak semula kapasiti pusat kitar semula plastik di negara ini

Rozita-Abdul.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 APR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dicadangkan menyemak kapasiti pusat kitar semula plastik di negara ini sebelum mengimport bahan berkenaan dalam negara.

Menurut Pengerusi Alam Sekitar dan Kelestarian (ASK) Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Rozita Abdul, kerajaan melalui KASA juga perlu menyemak kewujudan tapak kitar semula plastik secara haram.

Katanya, KASA tidak perlu berdalih mengenai kebenaran import plastik, tetapi isunya adalah berkenaan kemampuan fasiliti negara untuk melakukan kerja-kerja kitar semula plastik.

Advertisement

“Di Malaysia hari ini hanya jenis plastik PET (Polyethylene Terephthalate), HDPE (High-Density Polyethylene) dan PP (Polypropylene) sahaja yang dapat diterima untuk proses kitar semula.

“Selebihnya seperti jenis PVC (Polyvinyl Chloride), LDPE (Low-Density Polyethylene) dan PS (Polystyrene Styrofoam) kebiasaannya tidak mampu ditampung oleh pusat kitar semula dalam negara ini.

“Seperti yang kita maklum, kerajaan hari ini meneruskan proses penerimaan plastik kitar semula untuk tujuan ekonomi sedangkan terdapat laporan dari badan ngo dan pihak individu yang mendakwa terdapat kesan buruk dari penerimaan bahan plastik dari negara luar tersebut.

Advertisement

“Betul KASA menghalang di pintu masuk negara seperti mana yang diwar-warkan tetapi adakah KASA bersedia untuk berganding bahu bersama JAS (Jabatan Alam Sekitar) untuk terjah serta memantau kegiatan tapak pelupusan plastik haram tersebut?” Katanya.

Menyentuh soal plastik import dari negara maju, Rozita menyatakan sudah tiba masanya kerajaan menghentikan kegiatan tersebut.

Katanya lagi, negara China sebelum ini juga telah mengambil langkah untuk menghentikan kerja-kerja menerima plastik import dari negara maju.

Advertisement

“Sekiranya plastik itu bersih dan boleh menjana ekonomi mengapa negara maju seperti UK dan US termasuklah China tidak menjalankan aktiviti berkenaan?

“Malaysia perlu berhenti dari menerima sebarang plastik import tersebut kerana ia tidak mendatangkan faedah kepada kesihatan rakyat dan alam sekitar.

“Ia belum lagi kita kira dengan penampungan pusat kitar semula terhadap penggunaan plastik dalam negara. Itu pun sudah tidak tertampung oleh pusat kitar semula dalam negara ini,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top