BM | EN | 中文

Kartunis Aie meninggal dunia

kartunis-aie.png
Advertisement

KUALA LANGAT: Kartunis Saari Sulong, 48, atau lebih dikenali sebagai Aie meninggal dunia kira-kira pukul 4.00 pagi tadi.

Menurut Kartunis Ujang dalam catatannya di laman Facebook, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir disebabkan komplikasi buah pinggang.

Utusan Online yang memetik laman sesawang JenamaX melaporkan, Allahyarham dilahirkan di Kuala Lumpur pada Februari 1973.

Advertisement

Allahyarham Aie dibesarkan di Segamat dan Kluang, Johor sebelum menamatkan tingkatan 5 dekat Kuantan, Pahang.

Selama 25 tahun Aie melalui sepak terajang dunia kartun dan komik dengan memegang portfolio sebagai Kartunis, Ilustrator, Pelukis Komik, Pereka Grafik, Ketua Studio, Penolong Ketua Kartunis, Ketua Unit Ilustrasi dan Pengarah Seni di beberapa syarikat penerbitan tanah air yang menerbitkan majalah Jenakarama, Majalah Kartun Disney ‘Mickey” (edisi bahasa melayu), Ujang, Starz, Utopia, G3, Jom, Boboi dan Gila-Gila.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top