BM | EN | 中文

Kartel kawal sektor utama negara: Selamatkan Malaysia, kembalikan agenda reformasi

steven-sim.jpg

Gambar Ehsan MSN

Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 MAC: Kewujudan tiga kumpulan kartel jenayah yang mengawal sektor utama di negara ini, melibatkan pihak imigresen, kartel daging dan institusi polis menunjukkan budaya rasuah selama berdekad di negara ini.

Ahli parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata fenomena itu membuktikan tindakan mempolitikkan jabatan penguatkuasaan undang-undang di negara ini menyebabkan persekitaran toksik di mana penyalahgunaan kuasa mudah berlaku.

“Di bawah kerajaan yang tidak stabil dilanda kepemimpinan tidak cekap, korupsi, pengabaian lunas undang-undang, penyalahgunaan kuasa yang anti-demokratik melalui rampasan kuasa politik, penindasan kebebasan bersuara dan penggantungan Parlimen, keadaan semakin parah.

Advertisement

“Kita perlu segera menyelamatkan Malaysia dari kejahatan dan kekotoran ini.

“Tidak ada yang selamat apabila kehidupan kita setiap hari dipengaruhi, dikawal, dan diperintah oleh kumpulan penjenayah yang berkuasa besar yang berganding tangan dengan ahli politik dan pegawai kerajan yang korup,” kata Steven dalam satu kenyataan semalam.

Tegasnya, kartel jenayah ini kini mengawal keselamatan sempadan, bekalan makanan dan pasukan polis yang memerlukan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) dan mengembalikan agenda reformasi seperti disyorkan Pakatan Harapan (PH).

Advertisement

Tambah Steven beliau masih mempunyai kepercayaan terhadap majoriti pegawai polis dan penjawat awam dan menyeru untuk bangkit menyelamatkan Malaysia.

Justeru itu beliau mencadangkan, Parlimen dibenarkan kembali dibuka untuk membolehkan demokrasi berfungsi secara normal.

“Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat, dan menghancurkan tiga kumpulan kartel jenayah ini.

Advertisement

“Kembalikan agenda reformasi di bawah Pakatan Harapan untuk mengembalikan profesionalisme institusi kerajaan, memerangi rasuah dan mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap agensi penguatkuasaan undang-undang kita,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top