BM | EN | 中文

Kartel daging: Dokumen syarikat import bahan sejuk beku sejak 2015 dirampas – SPRM

SPRM.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 4 JAN: Dokumen-dokumen sebuah syarikat pengimport bahan mentah sejuk beku sejak tahun 2015, yang dipercayai terbabit isu kartel daging dirampas dua minggu lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata akan mengkaji semua dokumen dan akaun-akaun syarikat terlibat, dalam mengesan keseluruhan dalang, termasuk anggota penguatkuasa terlibat melindungi kegiatan ini.

“Siasatan kes ini dibuat di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 17 (a) Akta SPRM,” katanya kepada Bernama hari ini.

Advertisement

Sementara itu, diminta mengulas mengenai penahanan dua pengarah sebuah syarikat dan dua pekerja syarikat, masing-masing disyaki menyeludup bahan mentah sejuk beku, Ahmad Khusairi berkata ia dimport masuk secara haram daripada beberapa negara, yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

“Tumpuan siasatan SPRM ialah terhadap dua aspek iaitu, pertama berhubung kesalahan mengemukakan pengiystiharan palsu dalam borang Kastam 1 oleh syarikat pengimport dan ejen yang mengendalikan kemasukan bahan mentah sejuk beku ini.

“Aspek kedua ialah meneliti dan mengkaji sebarang bentuk pembayaran rasuah, melalui akaun-akaun syarikat yang terlibat,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata dalam setiap penyiasatan SPRM, elemen kerahsiaan dan kejutan amat penting sekiranya sesuatu kes mendapat pendedahan luas di media massa.

“Ia seolah-olah memberi peluang kepada mereka (perasuah dan pemberi) melupuskan semua bukti serta keterangan yang ada.

“Tindakan berdiam diri bukan bermaksud agensi-agensi yang terlibat dalam penyiasatan kes ini tidak mengambil tindakan, sebaliknya pengumpulan bukti dan keterangan memerlukan masa dan penganalisaan yang teliti,” katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top