BM | EN | 中文

Karnival Paloh Kita 2.0 berlangsung meriah

karnival-paloh-kita.jpg
Advertisement

KLUANG, 29 DIS: Karnival Paloh Kita 2.0 yang diadakan semalam melalui penganjuran Pejabat ADUN Paloh dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baharu Paloh, Kampung Muhibah dan Yayasan Prihatin Kluang berlangsung meriah.

Program yang berlangsung sepanjang hari itu menghimpunkan penduduk sekitar pekan Paloh dan kampung-kampung berhampiran yang hadir dan turut sama terlibat dalam pelbagai aktiviti dan pertandingan yang diadakan.

Karnival yang berkonsepkan jalinan antara komuniti ini turut membawakan pelbagai program berbentuk permainan, pameran, penerangan dan kempen amalan gaya hidup sihat.

Advertisement

Antara aktiviti yang diadakan ialah gerai permainan, gerai kraftangan, gerai makanan, persembahan nyanyian, tarian selain kayuhan santai mengelilingi kawasan DUN Paloh yang dikelola Pusat Pembangunan Belia Johor (JOYDEC).

Adun Paloh, Sheikh ‘Umar Bagharib Ali berkata, melalui program seperti ini yang merangkumi penglibatan semua peringkat usia dan latar belakang serta kepelbagaian aktiviti dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara penduduk setempat.

Beliau yang juga Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri turut meluangkan masa menyertai jelajah Kayuhan Santai dalam Fun Run JOYDEC mengelilingi pekan Paloh.

Advertisement

Jelajah bermula di hadapan Balai Polis Paloh menuju ke Kg Maju ke sekitar jalan SK Paloh dan berhenti rehat di Kg Muhibbah dan berakhir di Jalan Temenggong di hadapan Pasar Paloh.

“Seronok lihat warga Paloh dari pelbagai golongan turun untuk turut serta dalam acara ini.

“InsyaAllah kita cuba adakan lagi program berbentuk gaya hidup sihat sebegini lagi di masa akan datang

Advertisement

“Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada warga kerja Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (JOYDEC) yang merupakan penggerak utama kepada program ini.

“Juga kepada MPKK Kg Muhibbah Paloh yang diketuai Tok Ketua Zainal Saron dan Encik Nasir yang banyak bantu dalam menjayakan program ini,” kata Sheikh ‘Umar lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top