KLUANG, 11 DIS: Penganjuran pameran dan karnival berkaitan usahawan di daerah ini mampu menjadi batu loncatan untuk mengembangkan pasaran produk dan perkhidmatan mereka.
Sehubungan itu, Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) menjemput vendor-vendor yang berminat untuk meningkatkan hasil jualan mereka dengan menyertai Karnival Keusahawanan Kluang (KKK) 2019.
Karnival yang dianjurkan dengan kerjasama pejabat Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Johor itu akan diadakan pada 19 Disember hingga 22 Disember 2019 (Khamis – Ahad) bertempat di Pekan Rabu, di sini.
Antara syarat-syarat kepada para usahawan untuk menyertai karnival kali ini antaranya mereka telah berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Penganjur menetapkan hanya jualan barangan kering yang dibenarkan dengan keutamaan kepada mereka yang mempunyai produk sendiri.
Manakala sesi saringan dan pemilihan usahawan akan dijalankan dan hanya usahawan yang terpilih akan dihubungi penganjur.
Kepada usahawan yang berminat boleh mendaftar secara dalam talian melalui pautan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeWIMEu6ntt5iEUy-KXWtLD6L9Qg05JKXVA81kxVXDl–XAjg/viewform?fbclid=IwAR0CWtsDtnBlX3juXEuzWLNmGgxQVDJSOrIkd9J3isUNrnxZI4ndYMh_JvQ
Johorkini