BM | EN | 中文

KARNIVAL KERJAYA MEDIUM PENUHI KEPERLUAN INDUSTRI 

aminolhuda-5.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 21 OKTOBER – Penganjuran karnival kerjaya merupakan antara salah satu medium yang tepat untuk mempertemukan keperluan industri dan pencari kerja di negeri ini di bawah satu bumbung.

Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berpendapat usaha berkenaan menjadi platform terbaik untuk meningkatkan kebolehpasaran para graduan termasuk para pelajar lepasan sekolah.

“Seperti Karnival Kerjaya Johor Bestari 2019 anjuran Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) ini, karnival ini merupakan kali ketiga yang dianjurkan pada tahun ini selepas kejayaan penganjurannya kali pertama di daerah Johor Bahru dan Tangkak dan hari ini (semalam) di Batu Pahat merupakan daerah ketiga.

Advertisement

“Sebenarnya, karnival seperti ini juga bertindak sebagai medan perkongsian maklumat dengan memberi pendedahan kepada golongan sasar.

“Ini termasuklah pencari kerja dan para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta institut latihan kemahiran (ILK) tentang senario Revolusi Industri Keempat (IRR4.0) yang diperlukan oleh dunia pekerjaan pada masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kerjaya Johor Bestari 2019 Daerah Batu Pahat di Pasar Raya Square One, di sini, semalam.

Advertisement

Hadir sama; Pegawai Daerah Batu Pahat, Zulkiflee Abas dan Pengurus Besar SMI, Saifuddin Abdul Rahim.

Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan daripada 24 agensi pelbagai industri pada karnival anjuran sehari bersama pusat JobsMalaysia Johor tersebut pada program itu.

Pada masa sama, Adun Parit Yaani itu memberitahu, kerajaan negeri akan terus memberi penekanan terhadap peluang pendidikan kemahiran dan latihan vokasional yang berkualiti.

Advertisement

“Ini bagi menyokong pembangunan ekonomi di negeri ini supaya dapat diteruskan berdasarkan kerancakan aktiviti pembangunan ekonomi di Johor.

“Sebagai contoh di Wilayah Iskandar dilihat telah berjaya menarik pelaburan dengan nilai bilion ringgit selain Projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Pengerang Johor.

“Hasil dari kemajuan pesat ini, maka sudah tentu akan berlaku peningkatan permintaan tenaga kerja mahir dan saya percaya pada masa akan datang, kerjaya di negeri ini akan lebih menjerumus kepada bidang kemahiran berbanding akademik,” katanya.

Advertisement

Tegasnya lagi, adalah menjadi dasar kerajaan negeri untuk melahirkan tenaga kerja berpengetahuan dan berbakat.

“Ini sekaligus akan mendorong Johor untuk lebih maju dan berdaya saing selain memastikan bekalan modal insan berbakat ini mencukupi,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top