BM | EN | 中文

KARNIVAL KERJAYA JOHOR BESTARI DI BATU PAHAT 20 OKT

karnival-kerja-johor-bestari-batu-pahat-2019-feat-img.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 19 OKT: Lebih 1,000 jawatan kosong ditawarkan kepada pencari pekerjaan di daerah Batu Pahat melalui program Karnival Kerjaya Johor Bestari 2019 yang akan diadakan esok (20 Okt, Ahad).

Program dianjurkan Unit Strategik Modal Insan (SMI) Johor dengan kerjasama Jobs Malaysia itu akan diadakan di ruang legar, Aras 1, Square Mall, Batu Pahat bermula dari jam 10 pagi dan dijangka berakhir pada jam 5 petang.

Menurut SMI Johor, Karnival Kerjaya Johor Bestari 2019 peringkat Batu Pahat ini adalah inisiatif kerajaan negeri menyediakan platform kepada rakyat Johor untuk mendapatkan pekerjaan dan maklumat dalam pelbagai sektor.

Advertisement

“Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat, panduan dan khidmat nasihat mengenai pekerjaan, perundangan pekerjaan dan inisiatif pembangunan modal insan,” menurut SMI Johor.

Pengunjung juga boleh mendapatkan khidmat nasihat di kaunter Perburuhan Mobile Labour Care (MOLAC) yang dikelola Jabatan Tenaga Kerja Johor.

Advertisement

Selain itu, turut disediakan Klinik Kerjaya oleh Jobs Malaysia, pameran kerjaya dan temuduga terbuka, selain ujian personaliti, kerjaya dan promosi inisiatif oleh Unit SMI di Pavilion SMI.

Mereka yang berminat boleh datang dengan berpakaian kemas dan membawa resume, keterangan peribadi (CV) berserta dokumen pengenalan dan dokunen sokongan.

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Unit SMI Johor di talian 07-2666213, 07-5857026 atau 013-7917120.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top