BM | EN | 中文

KARNIVAL HARI AMAL ANTARABANGSA KLUANG 2019 KUMPUL RM90,555

Karnival-hari-amal-antarabangsa-kluang-2019.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 SEPT : Karnival Hari Amal Antarabangsa Kluang 2019 yang berlangsung selama dua hari yang dan berakhir semalam di perkarangan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kluang berjaya mengumpul dana sebanyak RM90,555.

Adun Mengkibol dan juga selaku penganjur, Chew Chong Sin berkata, dana yang terkumpul  akan diberikan kepada 29 buah pertubuhan bukan kerajaan yang terlibat hampir selama tiga bulan bagi menjayakan karnival Hari Amal Antarabangsa 2019 ini.

“Beberapa sumbangan telah diberikan seperti barangan keperluan badan bukan kerajaan (NGO) yang telah disampaikan oleh Yayasan Prihatin Kluang kepada 6 buah NGO” ujar Chew ketika merasmikan majlis penutupan Karnival Hari Amal Antarabangsa Kluang 2019.

Advertisement

Tambahnya lagi, terdapat juga sumbangan yang disampaikan kepada 10 buah keluarga miskin yang telah dikenal pasti oleh Komuniti Haraman Malaysia Yap Tau Sah.

“Semua NGO yang terlibat telah berjaya menjalankan aktiviti jualan amal selama dua hari di karnival tersebut dan juga telah berjaya mengumpul dana bagi keberlangsungan aktiviti pertubuhan mereka.

“Para peserta juga berharap  agar karnival ini dapat diteruskan saban tahun  bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu golongan yang memerlukan di dalam daerah Kluang”.

Advertisement

Turut hadir di dalam majlis perasmian tersebut ialah wakil daripada parti-parti komponen Pakatan Harapan, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Kluang, ketua-ketua Kampung dan Ketua-ketua masyarakat serta wakil-wakil jabatan yang terlibat dalam menganjurkan karnival ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top