BM | EN | 中文

KARMAINE TERUSKAN LEGASI ALLAHYARHAM DR MD FARID

salahuddin-majlis-ramah-mesra-2.jpg
Advertisement

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN 2 NOV: Calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini akan meneruskan legasi yang ditinggalkan penyandang kerusi Parlimen itu, iaitu Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub berkata, sekiranya diberi mandat, Karmaine pasti akan menjayakan hasrat Allahyarham.

Advertisement

“Allahyarham telah merancang pelbagai pembangunan di parlimen ini dan perkara tersebut akan diteruskan. 

“Legasi yang ditinggalkan Allahyarham akan diteruskan oleh Karmaine,” katanya ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang diadakan di kediaman beliau, di Kampung Serkat, Tanjung Piai, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Salahuddin memuji amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini apabila menyaksikan seramai enam calon bertanding dalam PRK Parlimen Tanjung Piai ini.

Advertisement

“Ini merupakan bukti negara ini mengamalkan demokrasi dalam memastikan kebajikan rakyat dan pembangunan negara.

“Namun, saya yakin pengundi boleh menilai calon tempatan terbaik yang akan membantu mencapai perkara tersebut,” katanya.


Sementara itu, Salahuddin turut memberitahu majlis tersebut diadakan pihaknya bagi menghargai jentera PH dalam kempen PRK Parlimen Tanjung Piai yang bermula hari ini.

Advertisement

“Ini kampung saya, saya merupakan orang tempatan, jadi tidak salah untuk saya menghargai jentera PH dan penduduk setempat sempena hari penamaan calon hari ini,” katanya yang menjangkakan majlis ramah mesra itu akan dihadiri seramai kira-kira 3,000 pengunjung.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top