BM | EN | 中文

KARMAINE SEDIA BERTANDING

Karmaine.jpg

PONTIAN, 1 NOV: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Karmaine Sardini, telah bersiap sedia untuk hari penamaan calon yang akan berlangsung esok.

Beliau berkata, ini kerana, segala prosedur yang ditetapkan telah dipenuhi setakat ini.

“InsyaAllah segalanya akan berjalan lancar esok dan kita yakin terutamanya dengan sokongan jentera yang mantap,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis pelancaran Jentera Pemuda Harapan dan Sukarelawan P165 Tanjung Piai, di sini.

Majlis tersebut dilancarkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal yang juga merupakan pengarah pilihan raya PH bagi PRK Tanjung Piai.

Terdahulu di ucapan perasmiannya, Dr Sahruddin berharap semua Pemuda Harapan untuk berkerja keras bagi memastikan kemenangan calon supaya pembangunan dan kemajuan di kawasan tersebut dapat diteruskan.

“Saya akui bahawa pemuda memainkan peranan terpenting utk kemenangan kita (PH).

“Maka harapan kita, pemuda haruslah bekerja keras, turun dan berjumpa orang ramai kerana perjuangan kita baru bermula untuk Tanjung piai,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, Karmaine merupakan calon yang terbaik kepada PH kerana beliau merupakan orang berpengalaman dalam politik dan akan memudahkan  penduduk untuk berurusan.

“Mudah-mudahan dengan kepercayaan, amanah dan kejujuran yang dimiliki oleh Karmaine, akan memberi kesenangan kepada masyarakat di Tanjung Piai,” katanya lagi.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top