BM | EN | 中文

KARMAINE RAYU PENGUNDI AWAL SOKONG PH

IMG-20191111-WA0041.jpg

 

PONTIAN, 11 NOV: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Karmaine Sardini memohon kepada para pengundi awal yang bakal mengundi esok untuk memberi sokongan kepada PH.

“Saya, calon PH, Karmaine Sardini mohon anggota-anggota yang mengundi awal esok untuk memberikan undi kepada saya sebagai Ahli Parlimen Tanjung Piai.

“Ini kerana, kita adalah parti yang memerintah di peringkat negeri dan peringkat pusat. Bantulah Pakatan Harapan untuk merealisasikan perjuangan yang belum selesai ini, Insya Allah.

“Sebagai ahli parlimen PH dan kerajaan, sudah tentulah usaha-usaha membela siapa juga kakitangan kerajaan, polis, bomba dan sebagainya adalah tanggungjawab pihak kerajaan.

“Jadi, sebagai ahli parlimen, tanggungjawab itu akan digalas sebaik mungkin,” kata Karmaine kepada JohorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pecah tanah Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 24, Pekan Nanas pagi ini oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Seramai 280 pengundi awal bagi PRK Parlimen Tanjung Piai melibatkan anggota polis akan mengundi esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun berkata kesemua mereka akan mengundi di Bangunan Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian di sini.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top