Oleh: Khairul Mohd Ali
PONTIAN 8 NOV: Calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Karmaine Sardini akan menggunakan pendekatan berkempen yang lebih peribadi memasuki minggu kedua.
Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai itu memberitahu, jenteranya juga semakin bersemangat untuk mendekati pengundi.
“Saya telah mengunjungi kesemua 27 pusat daerah mengundi (PDM) di dalam parlimen ini, kini masa untuk bertemu dengan pengundi secara lebih peribadi.
“Memasuki minggu kedua berkempen ini, saya harap dapat bertemu lebih ramai pengundi dengan memasuki rumah ke rumah,” katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui di PDM Teluk Kerang, sebentar tadi.
Tambah Karmaine, cuaca hujan pagi ini tidak menghalang pihaknya untuk terus menyantuni seramai mungkin pengundi di kawasan setempat.
“Memang ada sedikit perubahan jadual (kerana hujan), tetapi itu tidak akan menghalang kempen,” katanya lagi.
JohorKini