BM | EN | 中文

KARMAINE HADIR MENGUNDI DI SK TELOK KERANG 

hari-pengundian-2.jpg
Advertisement

PONTIAN, 16 NOV: Pengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Kerang, di sini, dilihat mula beratur untuk menunaikan tanggungjawab seawal jam 7 pagi tadi.


Turut kelihatan, Calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini, hadir sekitar 7.45 pagi sebelum membuang undi lebih kurang 8.04 pagi.


“Terima kasih kepada yang memberi sokongan dan Alhamdulillah saya telah pun mengundi untuk melaksanakan tanggungjawab saya.

Advertisement

“Selepas ini saya akan pergi ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan-kawasan lain seperti yang telah disusun oleh jentera kita untuk membuat tinjauan.

“Walaupun saya rasa berdebar tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua,” katanya ringkas kepada media ketika ditemui, di sini, sebentar tadi.

Seramai 1,942 pengundi berdaftar dijangka untuk menunaikan tanggungjawab di SK Telok Kerang yang mempunyai lima saluran mengundi.

Advertisement


Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai berlangsung hari ini dengan menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan calon PH, BN, Gerakan, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan dua calon Bebas.

Selain Karmaine, turut bertanding ialah Wendy Subramaniam mewakili Gerakan, Datuk Seri Wee Jeck Seng mewakili BN, Datuk Dr Badhrulhisham Abdul mewakili Berjasa dan dua calon bebas iaitu Dr Ang Chun Lok dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top