KARMAINE CALON TERBAIK
Sheikh Umar

KARMAINE CALON TERBAIK

PONTIAN, 31 OKT : “Kepimpinan telah memilih calon terbaik untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai,” ujar Ketua Pemuda DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pencalonan Karmaine Saidini bagi mewakili Pakatan Harapan (PH).

Sheikh Umar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri berpendapat, pemilihan Karmaine sebagai calon adalah sangat tepat dan memenuhi kriteria pengundi di kawasan tersebut.

“Meletakkan Karmaine sebagai calon sangat tepat memandangkan dia adalah calon anak tempatan.

“Calon bukan sahaja orang tempatan, malah duduk dan sudah semestinya telah bergaul dengan penduduk di Tanjung Piai.

“Calon juga mempunyai kredibiliti yang baik bersandarkan latar belakang pendidikan dan perkhidmatannya,” katanya.

Tambah Syeikh Umar lagi, calon juga mempunyai kewibawaan bersama masyarakat di sini melalui penglibatan yang aktif sebagai imam di Masjid Al Mutaqqin dan Penasihat Pusat Tahfiz Al Irsyad.

“Semoga kerja baik dan penglibatan aktifnya dalam masyarakat dapat membuka laluan kepada PH terus berjaya dalam PRK kali ini,” katanya lagi.

JohorKini

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )