BM | EN | 中文

KARMAINE BEKAS GURU, TOKOH BAPA MITHALI 

Karmaine-Recovered.png
Advertisement

PONTIAN, 28 OKT: Haji Karmaine Sardini yang juga Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Pontian sebentar tadi.

Pengumuman itu dilakukan oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Majlis Pelancaran Pengumuman Calon PRK Tanjung Piai, di sini.

Turut hadir, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Ketua Armada Malaysia, Syed Saddiq Syed Rahman.

Advertisement

Karmaine, 66 pernah berkhidmat sebagai arkitek di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (1978-1990) selepas bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kerang (1973-1977).

Anak tempatan ini merupakan penggerak awal Bersatu di Tanjung Piai sebelum PRU14 bersama Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai.

Karmaine aktif membantu masyarakat dan seterusnya dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran Johor ( YPJ) awal tahun ini.

Advertisement

Bukan hanya aktif dalam politik, beliau juga merupakan Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Taman Perling, Iman Masjid Al-Mutaqqin serta Penasihat Pusat Tahfiz Al-Irsyad, Johor Bahru.

Selain itu, Karmaine pernah menerima Anugerah Ibu Bapa Mithali Peringkat Daerah Johor Bahru pada 2009.

 

Advertisement

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top