BM | EN | 中文

KAPTEN FAUZI JANJI BANTU KARMAINE

karmaine-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Kapten Md Fauzi Md Tamaji antara nama yang disebut-sebut menjadi calon Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai memberitahu, beliau tidak kecewa tidak terpilih untuk mewakili Bersatu.

Menurut laporan Malaysia Gazzette, sebaliknya, Juruterbang Kanan AirAsia Berhad itu bertekad mahu memastikan Karmaine Sardini bagi mengekalkan kemenangan kepada PH untuk kerusi berkenaan.

Ujar Md Fauzi, calon PRK Tanjung Piai itu bukan calang-calang orangnya kerana pernah menjadi calon kerusi Parlimen Pontian pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 dan Ketua Bahagian Tanjung Piai.

Advertisement

“Karmaine juga memiliki kelebihan di peringkat akar umbi. Tidak ada istilah kecewa dan tidak perlu kecewa kerana saya akan terus membantu Bersatu.

“Kita akan sama-sama membantu Haji Karmaine,” katanya sambil mengucapkan tahniah kepada calon Bersatu itu,” katanya.

Berikutan itu, fokus beliau adalah untuk memperkukuhkan Bersatu di Johor.

Advertisement

“Itu adalah strategi jangka panjang kerana selepas ini Bersatu ada cabaran yang lebih besar untuk PRU Ke-15,” katanya lagi.

Terdahulu, semalam, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Karmaine yang juga Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Pias sebagai calon PH bagi PRK kawasa itu yang bakal berlangsung bulan depan.

 

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top