BM | EN | 中文

Kapasiti wad Covid-19 Hospital Sultan Ismail akan ditingkatkan kepada 44 katil

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 OGOS: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) akan meningkatkan kapasiti katil di wad COVID-19 Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini kepada 44 katil.

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad menerusi hantaran dalam laman Twitter berkata kemudahan khemah di hadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma HSI turut akan ditambah baik.

”(Kapasiti) hospital kluster di Mersing dan Kota Tinggi juga akan dimaksimumkan: katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian susulan baru-baru ini, tular di media sosial seorang pengguna Facebook mendakwa HSI kekurangan kapasiti menampung pesakit COVID-19 sehingga menyebabkan pesakit terpaksa ditempatkan di khemah dan hanya tidur di atas kerusi.

Untuk rekod, kapasiti katil di wad COVID-19 HSI sedia ada setakat ini berjumlah 28 katil.

Pada 2 April tahun lepas, HSI dilaporkan telah mendirikan sebuah khemah tertutup dilengkapi penyaman udara di hadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma bagi menambah balk Pusat Saringan COVID-19 yang juga disebut ‘Kern COVID’ dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan antara perawat dan pesakit.

Advertisement

Sementara itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan Pengarah Kesihatan Negeri Johor Datuk Dr Aman Rabu menghadap baginda hari ini berhubung tular di media sosial bahawa HSI kekurangan kapasiti untuk menampung pesakit, baru-baru ini.

Tunku Ismail menerusi hantaran dalam laman Twitter bertitah akan mendapatkan laporan yang lebih lengkap berhubung perkara itu dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Saya telah titah Pengarah JKNJ menghadap. Esok (hari ini) saya akan dapat laporan yang lebih lengkap dan akan ambil tindakan sewajarnya,” titah baginda.

Advertisement

Johor merekodkan 1,425 kes baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negeri ini sebanyak 109,337 dengan 1,303 kematian.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top