BM | EN | 中文

Kapasiti penggunaan dua PKRC di Johor melebihi 70 peratus – Exco Kesihatan

Vidyananthan-Ramanadhan-1.jpg

R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 MEI: Kapasiti penggunaan dua buah Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 (PKRC) di Johor sudah melebihi 70 peratus.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, dua PKRC itu iaitu Stadium Tertutup Pasir Gudang menempatkan sebanyak 1,043 buah katil manakala DB Kompleks Iskandar Puteri mempunyai 395 katil.

Katanya, kedua-dua PKRC itu berfungsi sebagai pusat rawatan dan kuarantin bagi pesakit positif kategori satu dan dua iaitu tanpa gejala atau gejala ringan.

Advertisement

“Kesemua pesakit ini menerima rujukan daripada semua Covid Assessment Centres (CAC) daerah dan Pengamal Perubatan swasta. Sehingga hari ini, kapasiti penggunaan di kedua- dua PKRC ini telah melebihi 70 peratus,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Isnin.

Secara keseluruhan, terdapat 11 CAC di negeri ini dan sehingga 22 Mei lalu, sebanyak 167,186 orang direkodkan hadir ke CAC itu.

“Daripada jumlah tersebut 45,890 adalah kes positif, manakala 89,360 pula adalah kontak rapat dan 31,936 dari kategori lain,” katanya.

Advertisement

Menyentuh mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Johor pula, sebanyak 1,076 orang telah disaring dengan 119 kes positif berjaya dikesan di Felda Kahang Timur manakala di UTM sebanyak 1,226 orang telah disaring dengan 55 kes positif dikesan setakat ini.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top