BM | EN | 中文

Kapal tunda dari Singapura ditahan di Kota Tinggi, gagal pamer insuran

Kapal-tunda-dari-Singapura-ditahan-di-Kota-Tinggi-gagal-pamer-insuran.jpg

Gambar Ehsan Karangkraf

Advertisement

KOTA TINGGI, 6 NOV: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor menahan sebuah kapal tunda kerana gagal mempamerkan insurans dan kebenaran bersauh di perairan Tanjung Penawar di sini Khamis lalu.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim, Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tunda dari Singapura itu ditahan dalam satu operasi di kedudukan 5.5 nautika timur Tanjung Penawar, di sini kira-kira jam 8.45 pagi.

“Pemeriksaan lanjut terhadap dokumen bot mendapati nakhoda kapal ini telah gagal mempamerkan insurans serta tidak mempunyai sebarang dokumen sah kebenaran bersauh daripada Jabatan Laut Malaysia.

Advertisement

“Mengikut prosedur setiap kapal dikehendaki dan harus mempunyai insurans wajib dan sentiasa dipamerkan di atas kapal sewaktu pemeriksaan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Nurul Hizam berkata, ketika pemeriksaan enam anak kapal warga Indonesia berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Nakhoda serta ketua jurutera kapal kemudiannya dibawa ke Pejabat Zon Maritim Malaysia Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut.

Advertisement

“Kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 bagi kesalahan bersauh tanpa kebenaran dan Seksyen 361(6) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 atas kesalahan gagal mempamerkan dokumen insurans maritim,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top