BM | EN | 中文

Kapal tangki Thailand bersauh tanpa kebenaran di Tanjung Siang, ditahan

Kapal-tangki-Thailand-bersauh-tanpa-kebenaran-ditahan.jpg

Gambar Ehsan Karangkraf

Advertisement

KOTA TINGGI, 9 NOV: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menahan sebuah kapal tangki antarabangsa kerana didapati tidak mempunyai sebarang dokumen untuk bersauh pada Ahad.

Pengarah Maritim Malaysia Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria dilaporkan Sinar Harian berkata, kapal yang didaftarkan dari Thailand itu ditahan dalam satu operasi kira-kira jam 10.30 pagi di kedudukan 8.3 batu nautika timur Tanjung Siang di sini.

“Hasil siasatan awal mendapati kapal tangki ini tiba di perairan negara pada 6 November lalu, namun gagal untuk mengemukakan sebarang dokumen sah daripada Jabatan Laut Malaysia untuk bersauh.

Advertisement

“Ketika pemeriksaan, kapal tangki ini dikendalikan oleh 14 kru kapal dan nakhoda warganegara Thailand yang berusia lingkungan 25 hingga 51 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Nurul Hizam berkata, bagaimanapun pemeriksaan lanjut ke atas kru kapal tangki berkenaan mendapati kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri dan perjalanan yang sah.

“Maritim Malaysia kemudiannya membawa nakhoda kapal dan ketua jurutera kapal berkenaan ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk membantu siasatan. Kes di siasat mengikut Seksyen 49(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Advertisement

“Justeru, kami mengingatkan kepada semua pihak terutama pemain sektor perkapalan untuk peka mengenai perkara ini kerana Maritim Malaysia Johor tidak akan berkompromi dalam memastikan perairan negeri ini bebas daripada sebarang pencerobohan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top