BM | EN | 中文

Kapal tangki Panama bersauh di perairan Kota Tinggi tanpa kebenaran ditahan

Kapal-tangki-Panama-bersauh-di-perairan-Kota-Tinggi-tanpa-kebenaran-ditahan.jpeg

Gambar Ehsan Karangkraf

Advertisement

KOTA TINGGI, 1 FEB: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menahan sebuah kapal tangki dari Panama yang disyaki bersauh secara haram di perairan Johor Timur di sini, pada Isnin.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tangki sepanjang 243 meter itu ditahan kira-kira jam 1 petang di kedudukan 11.6 batu nautika timur Tanjung Balau, di sini.

Beliau berkata, ketika ditahan kapal tangki itu didapati dikendalikan 24 kru terdiri daripada warga Ukraine, India dan Rusia berusia 21 tahun hingga 49 tahun yang mempunyai dokumen pengenalan diri sah.

Advertisement

“Hasil pemeriksaan mendapati nakhoda kapal telah gagal untuk mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh. Mereka juga menggunakan alasan melakukan kesalahan itu kerana sedang menunggu arahan perlayaran dari pihak syarikat.

“Nakhoda kapal kemudiannya dibawa ke Pejabat Maritim Malaysia Zon Tanjung Sedili untuk diambil keterangan,” katanya, lapor SH Online.

Nurul Hizam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Advertisement

“Pihak syarikat perkapalan dinasihatkan agar mengambil serius mengenai prosedur dan peraturan sebelum memasuki dan bersauh di mana-mana perairan di Malaysia,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top