BM | EN | 中文

Kapal tangki ditahan gagal kemuka kebenaran bersauh 

IMG-20200218-WA0007.jpg

Kapal tangki yang ditahan selepas gagal mengemukakan kebenaran bersauh di perairan negara ini.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 FEB: Maritim Malaysia Negeri Johor menahan sebuah kapal tangki selepas gagal mengemukakan kebenaran bersauh di kedudukan kira-kira 4.5 batu nautika tenggara Tanjung Piai, kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, kapal berkenaan ditahan pada jam 10.50 pagi.

“Hasil pemeriksaan oleh bot ronda Maritim Malaysia mendapati kapal yang berdaftar di Malabo, Equatorial Guinea itu gagal mengemukakan kebenaran bersauh.

Advertisement

“Pemeriksaan dibuat mendapati kapal tersebut dikendalikan lima orang kru, manakala master bersama seorang lagi kru didapati tiada di atas kapal.

“Kesemua tujuh orang kru kapal tangki tersebut termasuk master merupakan warganegara Indonesia berumur dalam lingkungan 19 hingga 62 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kapal tangki tersebut ditahan untuk siasatan di bawah seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu berlabuh tanpa kebenaran Pengarah Laut.

Advertisement

Jelasnya, Maritim Malaysia sentiasa bersedia dan serius dalam memastikan kapal dagang yang memasuki perairan negara sentiasa patuh pada undang undang yang terpakai di perairan Malaysia.

Sebarang aduan atau maklumat jenayah maritim salurkan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199404.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top