BM | EN | 中文

Kapal tangki ditahan bersauh tanpa kebenaran di perairan Kota Tinggi

Kapal-tangki-ditahan-bersauh-tanpa-kebenaran-di-perairan-Kota-Tinggi.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 DIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal tangki kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Kota Tinggi pada Ahad.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Kapten Maritim Mohamad Sulhan Zainon berkata penahanan dilakukan kira-kira 1 tengah hari oleh kapal peronda APMM yang sedang melaksanakan rondaan rutin operasi.

“Kapal tangki tersebut dikesan sedang bersauh pada kedudukan kira-kira 11.3 batu nautika timur Tanjung Penawar,” katanya dalam kenyataan semalam.

Advertisement

Beliau berkata pemeriksaan ke atas kapal yang berdaftar di negara Saint Kitts and Nevis itu mendapati ia dikendalikan oleh 10 kru lelaki termasuk nakhoda.

Kesemua mereka berumur antara 24 hingga 55 tahun dan kesemuanya adalah warga Myanmar, Filipina serta Bangladesh.

Mohamad Sulhan berkata pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda kapal tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Advertisement

Beliau dilaporkan Bernama berkata, perintah penahanan ke atas kapal terbabit sudah dikeluarkan dan dua kru kapal berkenaan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Mohamad Sulhan menegaskan APMM akan terus meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan kapal-kapal dalam perairan negara sentiasa terjamin.

Pengusaha dan ejen perkapalan khususnya di perairan Johor Timur dinasihatkan agar mematuhi undang-undang bagi memastikan perairan ini sentiasa selamat dan produktif dalam industri perkapalan serantau.

Advertisement

“Jika terdapat aduan dan maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, sila hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199404 yang beroperasi 24 jam atau talian kecemasan MERS 999 agar tindakan segera dapat diambil oleh APMM,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top