BM | EN | 中文

Kapal tangki berlabuh tanpa kebenaran dekat Tanjung Penawar ditahan APMM

Kapal-tangki-berlabuh-tanpa-kebenaran-dekat-Tanjung-Penawar-ditahan.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 20 SEPT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal tangki sekitar 11 batu nautika timur laut Tanjung Penawar di Perairan Johor Timur, 17 September lalu.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd Zulfadli bin Nayan berkata, kapal tangki tersebut ditahan pada jam 11.20 pagi oleh kapal ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan pemeriksaan rutin Op Benteng Laut 1/2020.

“Kapal ini ditahan atas kesalahan berlabuh tunggu tanpa pemakluman/kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952,” jelas Zulfadli.

Advertisement

Pemeriksaan lanjut juga mendapati kapal telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 361(6) OPS 1952 kerana gagal mengemukakan dokumen insurans.

“Kapal yang berdaftar di Panama itu dikendalikan oleh 15 kru termasuk nakhoda. Sembilan daripadanya adalah warga China manakala enam lagi warga Indonesia yang kesemuanya lelaki berumur lingkungan 22 hingga 62 tahun,” katanya.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau keduanya bagi Seksyen 491B(L) OPS 1952. Manakala bagi Seksyen 361(6) OPS 1952 boleh didenda tidak kurang RM20 ribu dan tidak lebih RM100 ribu.

Advertisement

Zulfadli menjelaskan lagi, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, APMM sentiasa mempertingkatkan kawalan keselamatan demi memastikan perairan negara khususnya perairan Johor Timur bebas daripada sebarang aktiviti jenayah dan pelanggaran undang-undang.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top