BM | EN | 中文

Kapal tangki asing ditahan, berlabuh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai

Kapal-tangki-asing-ditahan-berlabuh-tanpa-kebenaran-di-perairan-Tanjung-Piai.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 DIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal tangki asing kerana berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 4.2 batu nautika tenggara perairan Tanjung Piai dekat Pontian, kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kapal yang membawa muatan ‘marine gas oil’ itu, dikesan pada pukul 10.30 pagi oleh bot ronda APMM yang ketika itu sedang melaksanakan Op Jaksa di perairan berkenaan.

Beliau berkata kapal berukuruan 23 meter tersebut dikendalikan oleh seorang nakhoda lelaki serta lima kru kapal lelaki warganegara Indonesia, kesemua berumur antara 22 dan 53 tahun serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Advertisement

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal yang berdaftar di Republik Guinea Khatulistiwa berkenaan gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh oleh Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Sehubungan itu, keenam-enam mereka kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 491B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Nurul Hizam dalam masa sama turut mengingatkan pemilik dan nakhoda kapal agar mendapatkan kebenaran pihak berkuasa Malaysia sebelum melakukan sebarang aktiviti di perairan negara ini bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

Advertisement

Katanya, pihaknya akan sentiasa meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan negeri dengan menggunakan segala sumber yang ada serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top