BM | EN | 中文

Kapal, pesawat China ceroboh wilayah Malaysia, kerajaan perlu bertegas – AMANAH Johor

PLA.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 JUN: Kerajaan Malaysia perlu menunjukkan ketegasan kepada China susulan siri pencerobohan ke atas sempadan negara yang semakin berleluasa baru-baru ini.

Bendahari Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata perkara ini penting demi menjaga keselamatan dan kepentingan negara.

Katanya, sebelum ini siri pencerobohan udara dan semalam media melaporkan berlakunya pencerobohan di kawasan perairan negara.

Advertisement

“Ini soal keselamatan dan kepentingan negara. Ini membimbangkan selepas kerajaan dilihat terlalu berlembut dengan kerajaan China itu.

“Kerajaan perlu tegas dan membuktikan bahawa kita bukan boleh dibuli.

“Kerajaan Indonesia sebelum ini telah mengambil tindakan tegas dalam menangani pencerobohan negara mereka.

Advertisement

“Tetapi negara kita masih berlembut dan membisu dalam hal ini,” katanya.

Beliau turut mengusulkan agar kerajaan menghantar wakil dan menegur China dalam isu pencerobohan ini.

Tambahnya, perkara ini perlu kerana ia membabitkan aset serta kelengkapan keselamatan negara yang berada di sempadan negara.

Advertisement

“Kerajaan perlu menghantar wakil bertemu wakil republik itu dalam usaha memberikan pandangan untuk tidak menceroboh perairan negara.

“Atau kerajaan boleh sahaja menghantar mesej kepada negara China untuk menghentikan sebarang aktiviti yang tidak menghormati negara serantau di sini. Perlu tindakan yang segera.

“Tindakan kerajaan China ini dilihat melampaui batas dan kerajaan perlu segera mengeluarkan pendirian yang tegas dalam isu ini,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top