BM | EN | 中文

Kapal persiaran mewah berlabuh di perairan Kota Tinggi tanpa kebenaran ditahan

tahan-kapal-kota-tinggi.jpeg
Advertisement

KOTA TINGGI, 18 APR: Sebuah kapal penumpang dari Bahamas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor kerana berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 14.5 batu nautika timur laut Tanjung Siang, dekat sini semalam.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal berkenaan ditahan kapal ronda Maritim Malaysia kira-kira pukul 12 tengah hari dalam operasi membanteras aktiviti bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur.

Katanya, siasatan mendapati kapal itu dikendalikan 63 kru berusia antara 23 tahun hingga 65 tahun terdiri daripada warga Malaysia, China, Croatia, Indonesia, Nepal, Filipina, Finland, Singapura, Sweden serta United Kingdom.

Advertisement

“Master dan seorang kru kapal tersebut dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk disiasat di bawah Seksyen 491(B)(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.

“Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Nurul Hizam dilaporkan Utusan Online berkata, sepanjang minggu lepas, pihaknya menahan sebanyak 11 kapal dagang atas kesalahan sama iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top