BM | EN | 中文

KAPAL PENGGERUDI BERLABUH SECARA HARAM DI KOTA TINGGI DITAHAN

kapal-1.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 15 OKT: Akibat berlabuh tanpa kebenaran, sebuah kapal penggerudi (Drilling Ship) berjaya ditahan Maritim Malaysia, Zon Maritim Tg. Sedili (ZMTS) malam semalam di kedudukan lebih kurang 9.0 batu nautika Timur Tanjung Balau.

Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, kapal dengan tanda nama “SONANGOL QUENGUELA” yang berdaftar di Bahamas ditahan kapal peronda Maritim Malaysia kira-kira jam 9.00 malam, selepas didapati gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dalam Perairan Malaysia.

Menurut Zulfadli, kapal terbabit dikendalikan oleh 43 kru termasuk Nakhoda (Master) berumur lingkungan 28 hingga 67 tahun daripada pelbagai negara.

Advertisement

“Kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut.

“Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM 100 ribu atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya” katanya lagi.

Zulfadli menjelaskan, ini merupakan kes ke-28 melibatkan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 bagi ZMTS untuk tahun 2019.

Advertisement

Dalam pada itu katanya, Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan rondaan dan penguatkuatsaan undang-undang bagi memastikan perairan negara sentiasa terjamin dan membenteras serta menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan negara khususnya Perairan Johor Timur.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top