BM | EN | 中文

KAPAL, DUA BOT DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

kapal-ditahan.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 14 OKT : Sebuah kapal tangki serta dua buah bot ‘lima sore’ dan ‘teksi air’ berjaya ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) di perairan Johor Timur, di sini atas pelbagai kesalahan, semalam.

Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, bot kayu ‘lima sore’ ditahan pada jam 7.30 pagi di kedudukan 3.5 batu nautika Selatan Tanjung Penyusop.

‘Teksi air’ ditahan pada jam 9.26 pagi pada kedudukan 2.5 batu nautika Selatan Tanjung Bulat

Manakala, ‘teksi air’ ditahan pada jam 9.26 pagi pada kedudukan 2.5 batu nautika Selatan Tanjung Bulat oleh bot ronda APMM setelah dilihat bergerak dalam keadaan mencurigakan.

Advertisement

“Tiga lelaki warga Indonesia yang berumur lingkungan 21 hingga 47 tahun ditahan bersama bot kayu dan akan disiasat di bawah Seksyen 44 dan 49 Akta Kastam 1967.

“Manakala ‘teksi air’ bersama seorang tekong berumur 33 tahun dan seorang penumpang berumur 25 tahun akan disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Kastam 1967, Seksyen 26J Akta ATIPSOM 2007 serta Seksyen 5 Akta Imigresen 1959/63,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Zulfadli dalam operasi yang sama, sebuah kapal tangki ditahan pada jam 1 tengahari di kedudukan 7.4 batu nautika Timur Tanjung Penawar.

Advertisement

Katanya, susulan itu seramai sembilan kru termasuk nakhoda berumur lingkungan 27 hingga 47 tahun warganegara Indonesia turut ditahan.

Bot kayu ‘lima sore’ ditahan pada jam 7.30 pagi di kedudukan 3.5 batu nautika Selatan Tanjung Penyusop.

Jelasnya, mereka akan disiasat di bawah Seksyen 491B(l) dan Seksyen 72(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut serta kru kapal tidak mencukupi seperti Safe Manning Certificate.

“Penahanan bot itu dilakukan bagi menguatkuasakan Pekeliling Pelabuhan No 67/2017 yang menghadkan bot-bot asing menjalankan apa-apa perkhidmatan dalam had pelabuhan.

Advertisement

“Ia juga dibuat sebagai langkah pencegahan kejadian curi dan rompak yang melibatkan bot kayu jenis sama.

“APMM komited dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan akan mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan perairan negara khususnya Perairan Johor Timur bebas daripada sebarang aktiviti jenayah,”katanya lagi.

 

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top