BM | EN | 中文

Kapal asing ditahan berlabuh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai

Kapal-asing-ditahan-berlabuh-tanpa-kebenaran-di-perairan-Tanjung-Piai.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU,  23 SEPT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal tangki asing kerana berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 4.5 batu nautika tenggara perairan Tanjung Piai dekat Pontian, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kapal yang membawa muatan minyak mentah itu, dikesan berbuat demikian pada pukul 12 tengah hari tadi oleh bot ronda APMM yang ketika itu sedang melaksanakan Op Benteng di perairan berkenaan.

Katanya, kapal tersebut dikendalikan oleh seorang nakhoda lelaki berusia 51 tahun warga Indonesia serta lapan kru kapal lelaki yang juga warganegara itu, berusia antara 31 sehingga 43 tahun.

Advertisement

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal yang berdaftar di Singapura itu gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh oleh Pengarah Laut Malaysia.

Justeru itu, dua kru kapal telah dibawa ke Jeti Maritim Sungai Pulai untuk diserahkan kepada seksyen siasatan APMM negeri untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang mana jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Advertisement

Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan pihaknya akan sentiasa meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan negeri dengan menggunakan segala sumber yang ada serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top